Dear Valued Customers,

 

Please be informed that with effect from 4 November 2024, AmSecure will replace SMS One-Time Password (OTP) when authorising online purchases. This enhancement is to ensure your online/e-commerce purchase experience is well protected against potential fraud.

 

Hence, you are advised to install the AmOnline App because the AmSecure authentication will be the only method available to authorise your online purchases effective 1 February 2025.

 

Upon AmOnline App sign-up, AmSecure will automatically bind to your mobile device. Only ONE (1) mobile device is allowed to bind at a time. For customers with more than one mobile devices, both of your AmOnline profile and AmSecure will be activated on the new mobile device an automatically unbound from your old device once you've successfully authenticated your new mobile device.

 

To check which device your AmOnline App is bind to, go to;

 

More > Sign-In & Security > AmSecure 

 

For more information, please refer to the Frequently Asked Questions here.

 
Once you have activated AmSecure, there will be a 12-hour cooling-off period in which you will not be able to perform any transactions via AmOnline. Please enable Push Notifications for AmOnline App on your mobile phone settings to receive the notifications.
 
Do not have AmOnline App?
Download your AmOnline App ONLY from these legitimate stores. Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery.
 
Need assistance?
Call our Contact Centre at 03-2178 8888, operational daily from 7.00 a.m. to 11.00 p.m. or email to [email protected]. Alternatively, send the enquiry via AmMail messaging feature within the AmOnline App, or walk in to any of our branches. Our Customer Service Officers are ready to assist you.
Thank you for banking with us.

 


 

Penggantian Kata Laluan Sekali Guna SMS (OTP) dengan AmSecure untuk pengesahan transaksi dalam talian melalui Kad/-i Visa/Mastercard AmBank/AmBank Islamic.

 

Pelanggan yang Dihargai,

 

Harap maklum bahawa mulai 4 November 2024, AmSecure akan menggantikan Kata Laluan Sekali Guna SMS (OTP) untuk membenarkan pembelian dalam talian anda. Penambahbaikkan ini adalah untuk memastikan pengalaman pembelian dalam talian/e-dagang anda dilindungi dengan lebih selamat daripada sebarang potensi penipuan.

 

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memuat turun Aplikasi AmOnline kerana AmSecure akan menjadi satu-satunya kaedah untuk mengesahkan pembelian dalam talian anda efektif 1 Februari 2025.

 

Selepas pendaftaran Aplikasi AmOnline, AmSecure akan dipautkan secara automatik kepada peranti mudah alih anda. Hanya SATU (1) peranti mudah alih dibenarkan untuk dipautkan pada satu masa. Bagi pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu peranti mudah alih, sebaik sahaja anda berjaya mengesahkan peranti mudah alih baharu anda, kedua-dua profil AmOnline dan AmSecure anda akan diaktifkan pada peranti mudah alih baharu dan secara automatik pautan daripada peranti lama anda akan dilepaskan.

 

Untuk menyemak peranti yang manakah telah dipautkan ke Aplikasi AmOnline anda, pilih;

 

Lagi > Log Masuk & Keselamatan > AmSecure

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim di sini.

Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan AmSecure, akan terdapat tempoh bertenang selama 12 jam di mana anda tidak boleh melakukan sebarang transaksi menggunakan AmOnline. Pastikan anda mengaktifkan Notifikasi untuk Aplikasi AmOnline bagi membenarkan telefon mudah alih anda untuk menerima notifikasi.


Tidak mempunyai Aplikasi AmOnline?
Muat turun Aplikasi AmOnline anda HANYA dari laman web aplikasi yang sah sahaja. Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Perlukan bantuan?
Sila hubungi Pusat Pelanggan kami melalui 03-2178 8888, beroperasi setiap hari dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam atau e-mel kepada [email protected]. Sebagai alternatif, hantarkan pertanyaan melalui ciri pesanan AmMail dalam Aplikasi AmOnline, atau kunjungi mana-mana cawangan kami. Pegawai Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda.
 
Terima kasih kerana berurusan dengan kami.