Pengesahan transaksi Kad AmBank dalam talian dengan AmSecure

Berkuat kuasa mulai 15 Februari 2025, transaksi dalam talian menggunakan Kad Kredit/-i dan Kad Debit AmBank hanya boleh diberi kebenaran menggunakan AmSecure melalui Aplikasi AmOnline, bagi menggantikan Kata Laluan Sekali Guna SMS (SMS OTP). Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris.

Muat turun Aplikasi AmOnline sekarang untuk menggunakan AmSecure untuk pengalaman pembayaran yang lancar.

Nikmati keselamatan yang dipertingkatkan dengan AmSecure​

AmSecure menawarkan transaksi yang lebih pantas dan selamat dengan meminimumkan risiko penipuan SMS.

 

Apabila anda menerima notifikasi daripada Aplikasi AmOnline, ia membolehkan anda meluluskan atau menolak pembayaran tersebut dengan hanya sekali tekan sahaja melalui AmSecure.

Berikut cara untuk mengaktifkan notifikasi melalui Aplikasi AmOnline

 

Langkah 1: Lancarkan Aplikasi AmOnline anda dan tekan 'Lagi'.
Langkah 2: Tekan 'Tetapan Pemberitahuan'.
Langkah 3: Aktifkan 'Pemberitahuan Dalam Aplikasi'.

Jangan sekali-kali terlepas notifikasi pengesahan untuk transaksi Kad Kredit/-i dan Kad Debit AmBank dalam talian anda apabila anda mengaktifkan notifikasi melalui Aplikasi AmOnline.

Ikut langkah ini untuk mengesahkan transaksi dalam talian
melalui AmSecure

Langkah 1
Lancarkan Aplikasi AmOnline dan tekan “Pengesahan AmSecure"

Langkah 2

Tekan “Sahkan" selepas menyemak butiran transaksi untuk memastikan semua maklumat adalah tepat, itu sahaja!

Maklumat lanjut

 

Topik

Klik sini

Soalan Lazim AmSecure


Aplikasi AmOnline

 

Terokai ciri Kad Kredit/-i anda

Google Pay

Add your Credit Card/-i to Google Wallet and enjoy seamless checkout with Google Pay

Apple Pay

Apple Pay has finally arrived in Malaysia! Be rewarded when you use Apple Pay!

QuickCash

Get cash from your available credit limit

AmFlexi-Pay

Convert your purchases into affordable instalments