Dear Valued Customers,

Please be informed that with effect from the dates stated below, you will only be receiving push notifications for your AmOnline, AmBank Credit Card/-i and AmBank Mastercard/Visa Debit Card banking transaction updates via the AmOnline App in the following phases:

AmOnline transactions/updates effective 8 December 2024AmBank Credit Card/-i transactions effective 9 January 2025AmBank Mastercard/Visa Debit Card transactions effective 15 March 2025
  1. Fund Transfer/DuitNow
  2. DuitNow QR transfer
  3. Loan/Financing disbursement
  4. Loan/Financing commencement instalment
  5. Loan/Financing reminder
  6. Happy Birthday greeting
  7. Account low balance
  1. Payments to the Credit Card/-i
  2. First Credit Card/-i transaction
  3. Retail/Online purchases
  4. Cash Advance withdrawals
  1. Debit Card PIN change
  2. Payments with Debit Card
  3. First-time Debit Card usage
  4. Reminder of insufficient funds 

Note: All the above notifications are applicable for Individual Customers only.

Follow the steps below to enable the delivery of push notification to your mobile device: 

For iPhone devicesFor Android devicesAmOnline App
  1. Go to your iPhone settings.
  2. Search for the AmOnline App.
  3. Select “Notification”.
  4. Tap “Allow Notification”.
  1. Go to your Android Phone settings.
  2. Search for the AmOnline App.
  3. Select “Notification”.
  4. Tap on “Enable” or “ON”.
  1. Log in to the AmOnline App.
  2. Tap on “More”. 
  3. Tap on “Notification Settings”
  4. Tap on “Yes” for “In-App Notification”.

You are advised to enable the in-app notification to receive and stay up to date on your important banking transactions anytime, anywhere with the AmOnline App. If you have yet to register and download the AmOnline App, you will receive alerts via SMS or email post-notification.

Any inconvenience caused is sincerely regretted. Should you have any inquiries, kindly call our Contact Centre at 03-2178 8888, operational daily from 7.00 a.m. to 11.00 p.m.




NOTIS

Kemas Kini mengenai Pengeluaran Pemberitahuan Transaksi Perbankan

 

Pelanggan yang Dihargai,

Harap maklum bahawa berkuat kuasa mulai tarikh seperti yang dinyatan di bawah, anda hanya akan menerima pemberitahuan semerta untuk kemas kini transaksi perbankan AmOnline, Kad Kredit/-i AmBank dan Kad Debit Mastercard/Visa AmBank anda melalui Aplikasi AmOnline mengikut fasa yang berikut:

Transaksi/Kemas kini AmOnline berkuat kuasa 8 Disember 2024Transaksi Kad Kredit/-i AmBank berkuat kuasa 9 Januari 2025

Transaksi Kad Debit Mastercard/Visa AmBank berkuat kuasa 15 Mac 2025

  1. Pindahan Dana/DuitNow
  2. Pindahan DuitNow QR
  3. Pengeluaran untuk pinjaman/pembiayaan
  4. Ansuran permulaan untuk pinjaman/pembiayaan
  5. Peringatan untuk pinjaman/pembiayaan 
  6. Ucapan Selamat Hari Lahir
  7. Akaun baki rendah
  1. Pembayaran Kad Kredit/-i
  2. Transaksi pertama Kad Kredit/-i
  3. Pembelian runcit/dalam talian
  4. Pengeluaran Pendahuluan Tunai
  1. Penukaran PIN Kad Debit
  2. Pembayaran dengan Kad Debit
  3. Penggunaan Kad Debit kali pertama
  4. Peringatan dana tidak mencukupi

Nota: Semua pemberitahuan di atas adalah diguna pakai untuk Pelanggan Inidividu sahaja.

Ikuti langkah di bawah bagi membolehkan pemberitahuan semerta dihantar ke peranti mudah alih anda:

Untuk Peranti iPhoneUntuk Peranti AndroidAplikasi AmOnline
  1. Pergi ke tetapan iPhone anda.
  2. Cari aplikasi AmOnline. 
  3. Pilih “Pemberitahuan”.
  4. Tekan “Benarkan Pemberitahuan”.
  1. Pergi ke tetapan  telefon Android anda.
  2. Cari Aplikasi AmOnline. 
  3. Pilih “Pemberitahuan”.
  4. Tekan “Bolehkan” atau “Buka”.
  1. Log masuk ke Aplikasi AmOnline.
  2. Tekan “Lebih Lagi” 
  3. Tekan “Tetapan Pemberitahuan”. 
  4. Tekan “Ya” untuk “Pemberitahuan dalam Aplikasi”.

Anda dinasihatkan untuk mengaktifkan pemberitahuan dalam aplikasi untuk menerima dan megikuti perkembangan semasa mengenai urusan transaksi perbankan anda pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui Aplikasi AmOnline. Sekiranya anda masih belum mendaftar dan memuat turun aplikasi AmOnline, anda akan menerima peringatan melalui SMS atau e-mel pasca pemberitahuan

 

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan kami melalui
03-2178 8888, beroperasi setiap hari dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam.