Pengaktifan AmSecure untuk kali pertama perlu dilakukan di ATM AmBank

Klik sini untuk versi Bahasa Inggeris.

Mulai 17 Mac 2025, pengaktifan AmSecure pada PERANTI MUDAH ALIH BAHARU mesti dilakukan di ATM AmBank.

Jika anda telah pun mengaktifkan AmSecure melalui AmOnline sebelum 17 Mac 2025, tiada tindakan diperlukan, melainkan anda bertukar kepada peranti baharu.

Sila ikuti langkah-langkah pengaktifan AmSecure berikut

Bahagian 1: Melalui Aplikasi AmOnline

LANGKAH 1

Step 1

Lancarkan Aplikasi AmOnline dan ikuti arahan pada skrin untuk membuka Akaun Simpanan/-i atau Akaun Semasa/-i.

LANGKAH 2

Step 2

Pada papan pemuka utama, klik "Task Bar" untuk bermula.

Bahagian 2: Di ATM AmBank

Di ATM AmBank, masukkan Kad Debit atau Kad Kredit/-i anda diikuti dengan PIN kad (Nombor Pengenalan Peribadi) untuk ke langkah seterusnya.

LANGKAH 3

Step 3

Pada menu utama, tekan "Pengaktifan AmSecure".

LANGKAH 4

Step 4

Klik “Jana Kod” pada Aplikasi AmOnline anda.

LANGKAH 5

Step 5

Masukkan kod 6 digit yang dijana daripada Aplikasi AmOnline anda dan klik “Tekan jika BETUL”.

Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan AmSecure pada Aplikasi AmOnline, tempoh bertenang minimum 12 jam akan dilaksanakan sebelum anda boleh menggunakan AmSecure untuk mengesahkan transaksi. Proses ini adalah untuk menghalang pengaktifan AmSecure yang tidak sah.

Ketahui lebih lanjut tentang AmSecure di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan kami di +603-2178 8888, beroperasi setiap hari dari 7.00 pagi hingga 11.00 malam atau e-mel [email protected].

Soalan Lazim

Untuk Soalan Lazim yang lebih komprehensif, sila klik di sini.

 

S1: Apakah itu AmSecure?
AmSecure, sistem keselamatan lanjutan AmBank yang memastikan hanya anda yang boleh meluluskan transaksi, sama ada anda berurus niaga melalui Aplikasi AmOnline, meluluskan transaksi dalam talian menggunakan kad debit/kad credit-i atau perkhidmatan lain.

S2. Saya telah mengaktifkan AmSecure pada Aplikasi AmOnline. Adakah saya akan terkesan dengan kemas kini ini?
Tidak. Sekiranya anda telah mengaktifkan AmSecure pada Aplikasi AmOnline, anda boleh terus mengesahkan transaksi seperti biasa sehingga anda bertukar kepada peranti baharu bermula pada 17 Mac 2025 dan seterusnya.

S3. Saya telah mengaktifkan AmSecure pada Aplikasi AmOnline tetapi saya perlu bertukar kepada peranti yang baharu pada 17 Mac 2025 dan seterusnya. Adakah saya akan terkesan dengan kemas kini ini?
Jika anda menukar kepada peranti baharu selepas 17 Mac 2025, anda perlu mengaktifkan semula AmSecure di ATM AmBank. Sila ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di atas.

S4: Perlukah saya mengaktifkan AmSecure dalam tempoh tertentu?
Ya, AmSecure mesti diaktifkan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari kalendar. Jika pengaktifan tidak dilakukan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari, anda perlu mendaftar semula akaun AmOnline anda sekali lagi.

S5. Saya berada di luar negara sekarang dan perlu mengaktifkan AmOnline untuk melakukan transaksi. Apa yang perlu saya lakukan?
Sila hubungi Pusat Perhubungan kami di +603-2178 8888, beroperasi setiap hari dari 7.00 pagi sehingga 11.00 malam selepas anda muat turun dan log masuk Aplikasi AmOnline.

S6: Bagaimana jika saya tidak memegang sebarang kad debit/kad credit-i AmBank?
Sila kunjungi cawangan AmBank/AmBank Islamic terdekat anda untuk bantuan lanjut.

Download AmOnline App by scanning the QR or official app stores.